PENGERUSI JKKK KAMPUNG MOLISAU TENGHILAN
EN. ALBERT JOSEPH, TBN's.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Molisau Tenghilan, Albert Joseph. |
Antara Jawatan Lain Dalam NGO Berbeza:
1. Pengerusi Persatuan Belia Suara Tenghilan (SUARA)
2. Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tenghilan
3. Yang Dipertua Persatuan Sukan Kecergasan Tenghilan (PESKAT)

**
Pernah memenangi anugerah belia sehingga ke peringkat
Kebangsaan dan dinobat sebagai Tokoh Belia Negara
**
Satu-satunya pemimpin dalam kalangan bukan Islam memenangi anugerah sempena
Maulidul Rasul peringkat daerah Tuaran 2013 bagi kategori pemimpin belia.
Dalam Bidang Keagamaan:
1. Pengerusi Komiti Pastoral Umat Katolik (KPUK) Chapel St Maria Goretti Kampung Molisau, Tenghilan.
2. AJK Komiti Pastoral Zon Tenghilan dan Paroki Tuaran.
Sebelum menjadi Pengerusi JKKK, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi JKKK Kampung sehinggalah pada tahun 2008 beliau dilantik menjadi Pengerusi JKKK menggantikan mantan Pengerusi, En. Yemil Eku (kini Timbalan Pengerusi JKKK).
***
Bidang Tugas
1. PENGERUSI / TIMBALAN PENGERUSI JKKK
Sebagai ketua dan pemimpin jawatankuasa di peringkat kampung yang bertanggungjawab dalam merancang, menggunakan sumbersumber yang ada, menyatu-padukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang sejahtera.
a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
1. Bertanggungjawab kepada penghulu dan pentadbiran daerah.
2. Mempengerusikan mesyuarat JKKK dan memantau aktiviti biro-biro yang ditubuhkan.
3. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan di peringkat mukim, daerah dan negeri.
4. Memanggil dan mengadakan mesyuarat JKKK sekurang-kurangnya sekali sebulan.
5. Menentukan pengagihan tugas-tugas JKKK melalui penubuhan biro-biro.
6. Sebagai penasihat kepada badan-badan sukarela yang ada di kampung.
7. Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari semasa ke semasa
b. TUGAS-TUGAS PEMBANGUNAN
1. Perancangan
Mengetuai, merancang dan menyelaras Pelan Tindakan Kemajuan dan
Keselamatan Kampung mengikut keutamaan.
Mengetuai, menyelaras dan mengemaskini segala maklumat terperinci profil kampung.
2. Pelaksanaan
Menyediakan senarai tugas biro-biro yang dipertanggungjawab dan
memastikan kesempurnaan pelaksana tugasan tersebut.
Menentukan pelaksanaan projek-projek pembangunan dan
keselamatan kampung dari semasa ke semasa.
Memastikan segala program / aktiviti yang dirancang oleh kerajaan dan JKKK berjalan dengan lancar.
3. Pemantauan
Membantu agensi pelaksana memantau kemajuan projek-projek di kampung.
Memberi maklumbalas kepada agensi terlibat mengenai projek-projek yang dikenalpasti bermasalah untuk tujuan penambahbaikan.
Mengawal-selia pengurusan kewangan dan harta benda (aset) JKKK.
Memberi maklumbalas kepada pihak kerajaan berkaitan (impak) projek ke atas kumpulan sasaran.
4. Dokumentasi
c. TUGAS-TUGAS LAIN
1. Perancangan
Melaksanakan hasrat dan dasar-dasar kerajaan serta menyampaikan kepada penduduk.
Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai
arahan-arahan kerajaan.
Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Menjalin kerjasama dan memberi khidmat kebajikan kepada JKKK antara kampung, penghulu dan
pemimpin-pemimpin masyarakat.
2. Keselamatan
Mengawasi dan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan individu atau kumpulan yang
boleh mengancam keselamatan dan keamanan kampung.
3. Perpaduan
Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bermuafakat, persefahaman dan
tolong-menolong dalam kalangan masyarakat.
4. Agama
Memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Bertanggungjawab memelihara keharmonian beragama dalam masyarakat berbilang kaum.
5. Kebersihan
Menggalakkan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam
melalui penganjuran aktiviti-aktiviti bersesuaian.
6. Kesihatan
Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.
Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan
undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.
7. Hal-hal tanah
Membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tanah.
Melaporkan kepada pejabat tanah jika terdapat tanah-tanah kerajaan
di dalam kampung yang telah diceroboh.
Memberi sokongan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari jabatan-jabatan
berkaitan berhubung dengan usaha memajukan tanah.
8. Pendidikan
Bekerjasama dengan institusi pendidikan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha untuk
mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan.
Mendapatkan maklumat daripada jabatan-jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan swasta
berkenaan dengan peluang latihan kemahiran dan kerjaya.
9. Sukan
Memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat untuk bergiat dalam sukan
bagi melahirkan generasi yang sihat.
Berusaha menyediakan peralatan dan kemudahan sukan untuk keperluan masyarakat kampung.
Mengenalpasti penduduk kampung yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai atlit sukan.
10. Kemudahan Awam
Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai
semua harta atau kemudahan awam.
2. SETIAUSAHA JKKK
Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kesetiausahaan dalam institusi JKKK.
a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
i. Membantu pengerusi dalam pentadbiran dan pengurusan JKKK.
ii. Menjalankan tugas-tugas Pengerusi JKKK dan tugas lain yang diamanahkan.
iii. Merekodkan maklumat kampung dan menyimpan minit-minit mesyuarat serta semua rekod
di tempat yang selamat serta diurus dengan sistematik.
iv. Mengeluarkan surat penggilan mesyuarat.
v. Memaklumkan keputusan mesyuarat kepada pihak yang berkenaan / jabatan untuk tindakan / makluman.
vi. Membuat makluman dan hebahan kepada penduduk kampung mengenai aktiviti / kempen / isu semasa melalui saluran komunikasi yang sesuai.
vii. Membantu Pengerusi menyelia dan mengatur tugas-tugas setiap biro dalam JKKK
viii. Mengemaskini maklumat dalam bilik gerakan JKKK dari semasa ke semasa.
ix. Menyelenggara bilik gerakan supaya sentiasa kemas, ceria dan teratur.
x. Mengawal dan menyelia harta awam di kampung supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai.
b. TUGAS-TUGAS PEMBANGUNAN
i. Menyediakan kertas cadangan projek / program pembangunan untuk mendapatkan peruntukan.
ii. Membantu pengerusi dalam merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai
program / projek yang dilaksanakan di kampung.
3. BENDAHARI JKKK
Menguruskan hal ehwal kewangan dengan telus dan membentangkannya dalam mesyuarat JKKK.
a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
i. Membantu biro-biro menyediakan kertas cadangan untuk mendapatkan
sumber kewangan bagi tabung JKKK.
ii. Menyediakan penyata kewangan dan dibentangkan dalam mesyuarat JKKK.
iii. Menandatangani dokumen kewangan.
iv. Menyediakan dan menjelaskan tuntutan bayaran yang diluluskan oleh jawatankuasa.
v. Memegang dan menyimpan buku akaun, buku cek bank, dan rekod-rekod kewangan yang lain.
vi. Menyimpan dan menyelenggara buku akaun, buku cek dan rekod-rekod kewangan yang lain.
vii. Memastikan segala urusan kewangan mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah / JKKK.
b. TUGAS-TUGAS PEMBANGUNAN
i. Merancang dan melaksanakan program / projek / aktiviti biro.
ii. Melaksanakan program / projek/ aktiviti yang telah diputuskan dalam mesyuarat JKKK.
iii. Membuat penilaian keberkesanan program / projek / aktiviti biro
4. AHLI JKKK
Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan oleh pengerusi
dalam keputusan mesyuarat JKKK.
a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
i. Memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan pembangunan sosio-ekonomi
dan fizikal kampung dalam mesyuarat JKKK.
ii. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab termasuk
mengetuai biro-biro yang ditubuhkan.
iii. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK.
iv. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan memaklumkan kepada JKKK.
v. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.
5. BIRO-BIRO JKKK
Jawatankuasa kecil yang dibentuk bagi tujuan merancang, melaksana, memantau dan menilai
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
i. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK
ii. Mengenalpasti keperluan program / projek/ pembangunan berasaskan kepada
maklumbalas daripada penduduk.
iii. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan selamat.
_____________________________________________________________

No comments:
Post a Comment