Tuesday, July 31, 2012

Jom Memancing Di Kampung Molisau

MEMANCING DI ULU MOLISAU

Bagi anda yang sukakan aktiviti memancing sama ada secara tradisional atau menggunakan joran moden, terdapat satu tempat untuk memancing paling 'syok' di Kampung Molisau, iaitu di kawasan 'Sarayo' kampung ini, kira-kira dua hingga tiga Kilometer dari kawasan Balai Muhibbah kampung. 
Terdapat lebih dari 10 buah kolam di Pusat Kolam Ikan Air Tawar yang dimiliki sepenuhnya keluarga salah seorang mantan Pengerusi JKKK Kampung Molisau, iaitu En. Duari Saigul.
Antara ikan yang terdapat di dalam kolam mereka termasuk Ikan Telapia, Patin dan banyak lagi, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis ikan yang terdapat di sini, datanglah sendiri.
Difahamkan harga bagi sekilo ikan Telapia yang ditangkap adalah RM10.


KETUA Kampung, KK Robert Johnny turut 'mencuba nasib'.






Penulis turut mencuba nasib memancing bersama rakan-rakan di kawasan Kolam Air Tawar milik keluarga Uncle Duari Saigul.

MENARIK....suasana di pemandangan kolam yang begitu cantik pastinya memukau
pelancong dan peminat aktiviti memancing

SIBUK MEMANCING....beberapa penduduk yang 'obses' memancing asyik menunggu umpan dimakan ikan.

Pondok turut disediakan berhampiran kolam.








DAPAT IKAN....seorang belia, Calarix Naneh berjaya mendapat Ikan Telapia.

MEMANCING DI DOBUR GITOM

Satu lagi kawasan yang boleh dianggap sesuai untuk dijadikan 'port' memancing adalah di sebuah kawasan tasik mati yang diberi nama 'Dobur Gitom', entahlah bagaimana nama yang unik tersebut diperolehi, namun yang pasti di sana pelbagai jenis ikan boleh didapati seperti ikan Telapia, Sepat Siam, Haruan, malah hidupan seperti ular (Lindung) juga ada. Bagi mereka yang gemar memancing, biasanya ikan di sini tidak memilih umpan, hanya kemahiran memancing dan 'casting' yang diperlukan.

 Terdapat sebahagian kawasan di tasik ini yang sedikit semak, terpaksalah ada yang turun ke dalam air.

 Ikan haruan adalah antara yang menjadi 'kegemaran' para pemancing di Dobur Gitom.


Berbaloi juga menunggu beberapa jam, tapi hasilnya dapat sebesar ini.