Saturday, August 11, 2012

TJC Talent Studio - Studio rakaman pertama di Tenghilan, letaknya di Kampung Molisau

TJC TALENT STUDIO

Logo TJC Talent Studio

TJC Talent Studio merupakan studio rakaman pertama yang ditubuhkan di kawasan Tenghilan, dimulakan pada tahun 2005 melalui kerjasama Ateng, James Sami, Jovita Robert Johnny dan seorang lagi rakan kongsi dari Kota Kinabalu, Narsisius Justin Misin @ Nars (kini Presiden Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA).

TJC TALENT STUDIO

Tenghilan Jamming Centre (TJC) Talent Studio merupakan sebuah studio rakaman yang pada mulanya bertapak sebagai studio jamming, namun atas kejayaan menerbitkan sebuah album kompilasi dan beberapa lagunya mendapat sambutan baik, TJC Talent Studio akhirnya memohon lesen untuk menjadi sebuah Studio Rakaman.

Dimiliki oleh anak jati Kampung Molisau Tenghilan, suami isteri yang juga artis tempatan, Jovita Robert Johnny dan James Sami, dan turut dibantu Ateng dan Narsisius Justin Misin.  

Sedikit info mengenai TJC Talent Studio
IndustryPublishing
OccupationRecording Studio
LocationTenghilan, Sabah, Malaysia
IntroductionTJC Talent Studio
InterestsRecording Studio, Audio/MTV Karaoke Publishing

Antara artis yang pernah melawat, merakam dan berurusan di TJC Talent Studio

1. George Lian
2. Benn Simon Bukag
3. Caroline Yusof
4. Reynaldo Paggie (Suara Emas Bintang RTM)
5. Atama
6. Ambrose Mudi
7. Orkestra Bambu
8. Phillip Diasun
9. Alex Headrix (Ex- Kumpulan ALAM)
10. Lester (Andalusia - kini SuriaFM)
11. Lotter @ Dudu
12. Pn. Agnes (Pensyarah-UMS)
13. Kumpulan D'Sound Waves

dan ramai lagi..


Juara Suara Emas Bintang RTM, REY pernah merakamkan sebuah lagu ciptaan Ateng bertajuk 'Pologoso Oku'd Songulunan' di TJC pada tahun 2008.
BUAT DEMO....Caroline Yusof dan Ateng semasa sesi membuat demo
JOVITA (kiri) dan Ateng (kanan) ketika bertemu Othoe.
SESI lawatan para belia ke dalam studio rakaman di bilik lama TJC.
GABUNGAN lima artis tempatan yang menggelarkan album mereka 'Kampung-Kampung' turut merakamkan album di TJC
ANAK LEGEND....Ateng bersama anak kepada mendiang John Gaisah, iaitu Aldro John Gaisah (kiri)
KULIT album Variasi 3 menampilkan Ateng, Jovita dan Vanessa James.
ORANG KUAT TJC....Nars, Freadolin Baser dan James.
KUMPULAN Soulmate Daughters turut merakamkan lagu berjudul 'Yati Nosili Iso' ciptaan Baha Tungau.
ATENG ketika kali pertama membuat persembahan di khalayak ramai di Dewan Masyarakat Kiulu
selepas muncul dengan album Variasi 2005 bersama Nars dan Jovita.


PENGURUS TJC Talent Studio yang juga penyanyi kelahiran Kg Molisau, Jovita bersama penyampai radio RTM Sabah VFM Kosolimbahan Boros Dusun, Maidah Yungkit dalam satu acara.
TJC menjadi penganjur bersama dalam satu acara lawatan amal para artis dan peminat seni hiburan ke Rumah Kebajikan Cheshire Home Likas.
KEBAJIKAN....kelihatan Jovita dan Ateng ketika menghiburkan para penghuni di Cheshire Home Likas.



ATENG mengabadikan gambar kenangan bersama Monica Ongkosing
ATENG bersama Fhillix Don
Credits Photo: KADUS Entertainment

KERATAN akhbar mengenai Vanessa yang terkenal dengan lagu 'Abadi' hasil sentuhan Ateng di dada akhbar.





YAHAI dianggotai Ateng, Benn, Ancis, Jack dan Mike ketika menyertai ujibakat Gangstarz.
YAHAI (Benn VS Ateng) merupakan album kolaborasi paling 'menjadi'.
Bagi yang berminat untuk merakamkan album di studio ini atau urusan lain seperti membuat VCD, MTV Karaoke, Rakaman Video, Rakaman Suara, membuat demo, lagu, muzik dan sebagainya, anda hanya perlu menghubungi mereka di nombor berikut:

1. 019-8406802
2. 019-5326767
3. 013-5525528

Atau lawati Facebook / Blog mereka: http://tjcts.blogspot.com/ https://www.facebook.com/pages/TJC-Talent-Studio/147743098604457