Friday, July 30, 2010

Macam-Macam Di Kampung Molisau

LINUGU Belut / Bodung salah satu makanan yang digemari dalam kalangan penduduk di kampung ini, dan pernah suatu ketika ada yang pernah menjual Bodung ini ketika Tamu Mingguan di kampung ini setiap Ahad.
BAGI mereka yang kerap pergi ke hutan sama ada untuk berekrasi atau mencari sumber makanan tambahan seperti sayur, ikan, siput dan sebagainya, jarang sekali mereka membawa bekas makanan seperti container, mangkuk, piring dan sebagainya, memadailah hanya dengan menggunakan plastik sebagai pembungkus nasi dan sekurang-kurangnya membawa sudu..memang syok berada di kampung
SUMBER AIR....pada sekitar tahun 80an sehingga tahun 90an, semua penduduk di Kampung Molisau masih bergantung sepenuhnya kepada punca air dari bukit atau Paip Graviti, dan salah satu sumber Paip Graviti yang terdapat di sini adalah di Ulu Molisau. Masyarakat di kampung ini terpaksa berjalan kaki sejauh 4 Kilometer sehari demi untuk mencari sumber air. Sehingga sekarang kita masih boleh melihat tangki besar (diperbuat daripada simen) yang terdapat di sini  malah beberapa penduduk berdekatan masih bergantung kepada sumber air bukit walaupun kebanyakan rakyat sudah dibekalkan dengan 'paip kerajaan' atau dari loji perawatan air berdekatan.
SUATU ketika dulu kebanyakan penduduk mempunyai kerbau masing-masing, namun sekarang hanya tinggal beberapa lagi yang memilikinya. Bagi masyarakat kaum Dusun Tindal di Tenghilan, dan mungkin juga beberapa kawasan di daerah lain termasuk Tamparuli, kerbau merupakan salah satu 'yang dijadikan hantaran' semasa perkahwinan atau pertunangan, dan bagi mereka yang bercucuk tanam atau bertani, kerbau dijadikan penarik 'alat membajak sawah'. 
SEORANG penduduk, Kimon Gimbun membuang anjing peliharaannya ke dalam sungai yang baharu sahaja dibersihkan. Binatang peliharaan terutamanya anjing merupakan antara 'alat' utama penduduk di sini untuk mencari sumber makanan di hutan. Biasanya anjing dilatih dengan dibawa ke hutan hampir setiap kali mereka pergi memburu.
APABILA selesai musim menuai, semua penduduk yang mempunyai kerbau peliharaan akan melepaskan kerbau masing-masing untuk memakan rumput di sawah. Bagai manapun, kerbau adalah dilarang sama sekali dilepaskan ketika padi sedang menghijau dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda kampung. 

Suasana sebenar di kampung kami...


1. SAWAH PADI
APABILA tiba musim menanam padi, sejuk mata memandang sawah padi yang menghijau.
Pada ketika ini, musim menanam padi sedang giat berjalan....
Apa yang menyedihkan, sekarang aktiviti ini nampaknya semakin berkurangan...tidak lagi seperti puluhan tahun dahulu di mana khazanah dan harta peninggalan nenek moyang ini dijaga bak menatang minyak yang penuh. Namun mungkin salah satu penyebabnya sekarang adalah kurangnya jentera pembajak dan sikap segelintir masyarakat sendiri yang tidak lagi mahu bercucuk tanam kerana bagi mereka MEMBELI BERAS lebih relevan daripada MEMBAJAK.
BAGI golongan kanak-kanak pula, padi yang ditanam di samping keselesaan apabila berada
di 'Sibor' atau titian sawah menaikkan semangat mereka untuk bersiar-siar. Kelihatan dua kanak-kanak ini mengambil peluang berjalan-jalan menikmati suasana aman damai itu.
_____________________________________________________________

2. BOLA TAMPAR
SALAH satu aktiviti sukan yang biasa diadakan di sini adalah sukan Bola Tampar. Suatu ketika dahulu, penduduk di Kampung Molisau hanya menumpang di tanah persendirian milik orang kampung tetapi kini, dengan adanya usaha sebuah badan bukan kerajaan, Persatuan Belia Suara Tenghilan (SUARA) melalui peruntukan dari Kementerian Belia dan Sukan, akhirnya impian untuk memiliki gelanggang bola tampar sendiri menjadi realiti, malah ada kalanya para belia menggunakan gelanggang itu untuk permainan 'street soccer'. 



Beginilah rupa bentuk Gelanggang Bola Tampar Suara Kg. Molisau, Tenghilan yang terbaru...
gambar gelanggang di atas ini diambil pada 1.1.2013......
Peruntukan berjumlah RM 35,000.00 itu telah dipohon oleh Persatuan Belia Suara (SUARA) 
Tenghilan daripada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan diluluskan dan hasrat kampung ini untuk memiliki kemudahan gelanggang bola tampar akhirnya tercapai melalui usaha Pengerusi JKKK Kampung Molisau (kini) yang juga Pengerusi SUARA, Albert Joseph yang sanggup bertemu secara bersemuka dengan Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu program di Kota Kinabalu.
Untuk makluman semua penduduk Kampung Molisau, gelanggang ini dinamakan 
Gelanggang Serbaguna SUARA kerana pihak kementerian belia mahu agar segala pengurusan gelanggang 
berkenaan diselaraskan oleh mana-mana persatuan di kampung ini. Justeru, sebagai satu-satunya 
persatuan belia (NGO) di kawasan ini, SUARA diberi mandat menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kemudahan berkenaan.
_____________________________________________________________________

MINDAHU / MITATABANG
Di Kg Molisau ini, terdapat dua persatuan yang menjalankan aktiviti Mitatabang atau bergotong-royong secara giliran iaitu KDCA dan Persatuan Koisaan Piombolutan Molisau-Saradan (MASA) dan biasanya disertai oleh golongan dewasa. Namun para belia juga turut menjalankan aktiviti mitatabang ini. Kemungkinan juga semangat mereka tercetus daripada pengaruh golongan dewasa yang kerap menjalankan aktiviti 'mitatabang'.



Beginilah keadaan setiap kali 'TAIM' atau masa rehat selepas penat membuat kerja-kerja di sawah sama ada menanam padi, 'mongomot' (menuai padi) dan apa sahaja kerja-kerja gotong-royong yang dibuat. Biasanya makan tengahari mereka lebih berkonsep 'mogiulung-ulung' (makan bersama) di mana setiap mereka akan 'mempamerkan' makanan atau lauk-pauk masing-masing untuk dinikmati bersama dalam kumpulan tersebut. Sesungguhnya keseronokan dan keunikan sedemikian tidak dapt digambarkan dengan kata-kata.

Dalam kerja gotong-royong ini, tidak sah jika tiada gelak ketawa melalui cerita-cerita atau lawak jenaka dalam kalangan mereka, sekaligus menyebabkan panas terik matahari seolah tidak terasa.
____________________________________________________________________________________________

RENCANA 'MITATABANG'





Sebuah akhbar tempatan yang telah merencanakan kisah mitatabang masa kini
yang mana telah menampilkan beberapa belia dari Kampung Molisau.
Lokasi aktiviti mitatabang di dalam akhbar berkenaan adalah di
Kampung Sintok, Napitas Tenghilan.