Sunday, August 1, 2010

KENALI PEMIMPIN KAMPUNG & TUGAS MEREKA

PENGERUSI JKKK KAMPUNG MOLISAU TENGHILAN 
 EN. ALBERT JOSEPH, TBN's.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) Kg. Molisau Tenghilan,
Albert Joseph.
Antara Jawatan Lain Dalam NGO Berbeza:

1. Pengerusi Persatuan Belia Suara Tenghilan (SUARA)
2. Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tenghilan
3. Yang Dipertua Persatuan Sukan Kecergasan Tenghilan (PESKAT)

**
Pernah memenangi anugerah belia sehingga ke peringkat
Kebangsaan dan dinobat sebagai Tokoh Belia Negara

**
Satu-satunya pemimpin dalam kalangan bukan Islam memenangi anugerah sempena
Maulidul Rasul peringkat daerah Tuaran 2013 bagi kategori pemimpin belia.

Dalam Bidang Keagamaan:

1. Pengerusi Komiti Pastoral Umat Katolik (KPUK) Chapel St Maria Goretti Kampung Molisau, Tenghilan.
2. AJK Komiti Pastoral Zon Tenghilan dan Paroki Tuaran.

Sebelum menjadi Pengerusi JKKK, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi JKKK Kampung sehinggalah pada tahun 2008 beliau dilantik menjadi Pengerusi JKKK menggantikan mantan Pengerusi, En. Yemil Eku (kini Timbalan Pengerusi JKKK).

***
"Saya bermula sebagai AJK 1 dalam Jawatankuasa Kebudayaan Dan Agama JKKK sesi 2004 - 2006, kemudian sebagai Timbalan pengerusi JKKK bagi sesi 01 Jun 2006 - 31 Mei 2008 dan sehingga kini memegang jawatan sebagai pengerusi JKKK bagi sesi 01 Januari 2009 - 31 Disember 2010, dilanjutkan bagi sesi 01 Februari 2011 - 31 Januari 2013 dan untuk sesi terbaru 01 Mac 2013 - 28 Februari 2015
- Albert

Bidang Tugas
1. PENGERUSI / TIMBALAN PENGERUSI JKKK
Sebagai ketua dan pemimpin jawatankuasa di peringkat kampung yang bertanggungjawab dalam merancang, menggunakan sumbersumber yang ada, menyatu-padukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang sejahtera.

a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
1. Bertanggungjawab kepada penghulu dan pentadbiran daerah.
2. Mempengerusikan mesyuarat JKKK dan memantau aktiviti biro-biro yang ditubuhkan.
3. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan di peringkat mukim, daerah dan negeri.
4. Memanggil dan mengadakan mesyuarat JKKK sekurang-kurangnya sekali sebulan.
5. Menentukan pengagihan tugas-tugas JKKK melalui penubuhan biro-biro.
6. Sebagai penasihat kepada badan-badan sukarela yang ada di kampung.
7. Menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari semasa ke semasa

b. TUGAS-TUGAS PEMBANGUNAN
1. Perancangan
 Mengetuai, merancang dan menyelaras Pelan Tindakan Kemajuan dan
Keselamatan Kampung mengikut keutamaan.
 Mengetuai, menyelaras dan mengemaskini segala maklumat terperinci profil kampung.
2. Pelaksanaan
 Menyediakan senarai tugas biro-biro yang dipertanggungjawab dan
memastikan kesempurnaan pelaksana tugasan tersebut.
 Menentukan pelaksanaan projek-projek pembangunan dan
keselamatan kampung dari semasa ke semasa.
 Memastikan segala program / aktiviti yang dirancang oleh kerajaan dan JKKK berjalan dengan lancar.
3. Pemantauan
 Membantu agensi pelaksana memantau kemajuan projek-projek di kampung.
 Memberi maklumbalas kepada agensi terlibat mengenai projek-projek yang dikenalpasti bermasalah untuk tujuan penambahbaikan.
 Mengawal-selia pengurusan kewangan dan harta benda (aset) JKKK.
 Memberi maklumbalas kepada pihak kerajaan berkaitan (impak) projek ke atas kumpulan sasaran.
4. Dokumentasi

c. TUGAS-TUGAS LAIN
1. Perancangan
 Melaksanakan hasrat dan dasar-dasar kerajaan serta menyampaikan kepada penduduk.
 Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai
arahan-arahan kerajaan.
 Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO).
 Menjalin kerjasama dan memberi khidmat kebajikan kepada JKKK antara kampung, penghulu dan
pemimpin-pemimpin masyarakat.
2. Keselamatan
 Mengawasi dan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan individu atau kumpulan yang
boleh mengancam keselamatan dan keamanan kampung.
3. Perpaduan
 Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
 Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bermuafakat, persefahaman dan
tolong-menolong dalam kalangan masyarakat.
4. Agama
 Memelihara kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara.
 Bertanggungjawab memelihara keharmonian beragama dalam masyarakat berbilang kaum.
5. Kebersihan
 Menggalakkan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam
melalui penganjuran aktiviti-aktiviti bersesuaian.
6. Kesihatan
 Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.
 Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan
undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.
7. Hal-hal tanah
 Membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tanah.
 Melaporkan kepada pejabat tanah jika terdapat tanah-tanah kerajaan
di dalam kampung yang telah diceroboh.
 Memberi sokongan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari jabatan-jabatan
berkaitan berhubung dengan usaha memajukan tanah.
8. Pendidikan
 Bekerjasama dengan institusi pendidikan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha untuk
mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan.
 Mendapatkan maklumat daripada jabatan-jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan swasta
berkenaan dengan peluang latihan kemahiran dan kerjaya.
9. Sukan
 Memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat untuk bergiat dalam sukan
bagi melahirkan generasi yang sihat.
 Berusaha menyediakan peralatan dan kemudahan sukan untuk keperluan masyarakat kampung.
 Mengenalpasti penduduk kampung yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai atlit sukan.
10. Kemudahan Awam
 Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai
semua harta atau kemudahan awam.

2. SETIAUSAHA JKKK
Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kesetiausahaan dalam institusi JKKK.

a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
i. Membantu pengerusi dalam pentadbiran dan pengurusan JKKK.
ii. Menjalankan tugas-tugas Pengerusi JKKK dan tugas lain yang diamanahkan.
iii. Merekodkan maklumat kampung dan menyimpan minit-minit mesyuarat serta semua rekod
di tempat yang selamat serta diurus dengan sistematik.
iv. Mengeluarkan surat penggilan mesyuarat.
v. Memaklumkan keputusan mesyuarat kepada pihak yang berkenaan / jabatan untuk tindakan / makluman.
vi. Membuat makluman dan hebahan kepada penduduk kampung mengenai aktiviti / kempen / isu semasa melalui saluran komunikasi yang sesuai.
vii. Membantu Pengerusi menyelia dan mengatur tugas-tugas setiap biro dalam JKKK
viii. Mengemaskini maklumat dalam bilik gerakan JKKK dari semasa ke semasa.
ix. Menyelenggara bilik gerakan supaya sentiasa kemas, ceria dan teratur.
x. Mengawal dan menyelia harta awam di kampung supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunapakai.
b. TUGAS-TUGAS PEMBANGUNAN
i. Menyediakan kertas cadangan projek / program pembangunan untuk mendapatkan peruntukan.
ii. Membantu pengerusi dalam merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai
program / projek yang dilaksanakan di kampung.

3. BENDAHARI JKKK
Menguruskan hal ehwal kewangan dengan telus dan membentangkannya dalam mesyuarat JKKK.

a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
i. Membantu biro-biro menyediakan kertas cadangan untuk mendapatkan
sumber kewangan bagi tabung JKKK.
ii. Menyediakan penyata kewangan dan dibentangkan dalam mesyuarat JKKK.
iii. Menandatangani dokumen kewangan.
iv. Menyediakan dan menjelaskan tuntutan bayaran yang diluluskan oleh jawatankuasa.
v. Memegang dan menyimpan buku akaun, buku cek bank, dan rekod-rekod kewangan yang lain.
vi. Menyimpan dan menyelenggara buku akaun, buku cek dan rekod-rekod kewangan yang lain.
vii. Memastikan segala urusan kewangan mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah / JKKK.

b. TUGAS-TUGAS PEMBANGUNAN
i. Merancang dan melaksanakan program / projek / aktiviti biro.
ii. Melaksanakan program / projek/ aktiviti yang telah diputuskan dalam mesyuarat JKKK.
iii. Membuat penilaian keberkesanan program / projek / aktiviti biro

4. AHLI JKKK
Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan oleh pengerusi
dalam keputusan mesyuarat JKKK.

a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
i. Memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan pembangunan sosio-ekonomi
dan fizikal kampung dalam mesyuarat JKKK.
ii. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab termasuk
mengetuai biro-biro yang ditubuhkan.
iii. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK.
iv. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan memaklumkan kepada JKKK.
v. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.

5. BIRO-BIRO JKKK
Jawatankuasa kecil yang dibentuk bagi tujuan merancang, melaksana, memantau dan menilai
 aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

a. TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN
i. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK
ii. Mengenalpasti keperluan program / projek/ pembangunan berasaskan kepada
maklumbalas daripada penduduk.
iii. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan selamat.
_____________________________________________________________

KETUA KAMPUNG KG. MOLISAU TENGHILAN 
 KK. ROBERT JOHNNY, BK.

Ketua Kampung Kg. Molisau Tenghilan,
KK Robert Johnny Tunggale

Sedikit info mengenai Ketua Kampung Kg. Molisau Tenghilan:
Tarikh Lahir: 05 Jun 1941
Asal: Kg Napitas Tenghilan
Merupakan seorang pesara polis (memasuki pasukan Polis pada tahun 1963 semasa Konfrontasi Indonesia di Tawau sedang hangat dan ketika itu juga sedang di ambang Penubuhan Malaysia.
KK Robert Johnny mula memegang jawatan sebagai Ketua Kampung Kg Molisau sejak tahun 1988, 
ketika itu beliau baru berumur 47 tahun.
Difahamkan proses pemilihan Ketua Kampung pada waktu itu adalah secara undian di mana hampir semua penduduk sama ada yang berada di kampung mahu pun mereka yang bekerja di bandar balik untuk mengundi dan menentukan penghulu di kampung mereka.

KK Robert kini sudah 27 tahun memegang portfolio ini, usia beliau sekarang (2015) 74 tahun.
Kini telah menetap di Kampung Molisau lebih daripada 40 tahun

***
Ketua Kampung berperanan sebagai ketua di sesebuah kampung, mereka mempunyai bidang kuasa untuk memperakui atau menjamin kedudukan seseorang sama ada dia penduduk atau tidak. Semua Ketua Kampung masing-masing dibekalkan dengan cop yang diperakui oleh mana-mana jabatan


Friday, July 30, 2010

Macam-Macam Di Kampung Molisau

LINUGU Belut / Bodung salah satu makanan yang digemari dalam kalangan penduduk di kampung ini, dan pernah suatu ketika ada yang pernah menjual Bodung ini ketika Tamu Mingguan di kampung ini setiap Ahad.
BAGI mereka yang kerap pergi ke hutan sama ada untuk berekrasi atau mencari sumber makanan tambahan seperti sayur, ikan, siput dan sebagainya, jarang sekali mereka membawa bekas makanan seperti container, mangkuk, piring dan sebagainya, memadailah hanya dengan menggunakan plastik sebagai pembungkus nasi dan sekurang-kurangnya membawa sudu..memang syok berada di kampung
SUMBER AIR....pada sekitar tahun 80an sehingga tahun 90an, semua penduduk di Kampung Molisau masih bergantung sepenuhnya kepada punca air dari bukit atau Paip Graviti, dan salah satu sumber Paip Graviti yang terdapat di sini adalah di Ulu Molisau. Masyarakat di kampung ini terpaksa berjalan kaki sejauh 4 Kilometer sehari demi untuk mencari sumber air. Sehingga sekarang kita masih boleh melihat tangki besar (diperbuat daripada simen) yang terdapat di sini  malah beberapa penduduk berdekatan masih bergantung kepada sumber air bukit walaupun kebanyakan rakyat sudah dibekalkan dengan 'paip kerajaan' atau dari loji perawatan air berdekatan.
SUATU ketika dulu kebanyakan penduduk mempunyai kerbau masing-masing, namun sekarang hanya tinggal beberapa lagi yang memilikinya. Bagi masyarakat kaum Dusun Tindal di Tenghilan, dan mungkin juga beberapa kawasan di daerah lain termasuk Tamparuli, kerbau merupakan salah satu 'yang dijadikan hantaran' semasa perkahwinan atau pertunangan, dan bagi mereka yang bercucuk tanam atau bertani, kerbau dijadikan penarik 'alat membajak sawah'. 
SEORANG penduduk, Kimon Gimbun membuang anjing peliharaannya ke dalam sungai yang baharu sahaja dibersihkan. Binatang peliharaan terutamanya anjing merupakan antara 'alat' utama penduduk di sini untuk mencari sumber makanan di hutan. Biasanya anjing dilatih dengan dibawa ke hutan hampir setiap kali mereka pergi memburu.
APABILA selesai musim menuai, semua penduduk yang mempunyai kerbau peliharaan akan melepaskan kerbau masing-masing untuk memakan rumput di sawah. Bagai manapun, kerbau adalah dilarang sama sekali dilepaskan ketika padi sedang menghijau dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda kampung. 

Suasana sebenar di kampung kami...


1. SAWAH PADI
APABILA tiba musim menanam padi, sejuk mata memandang sawah padi yang menghijau.
Pada ketika ini, musim menanam padi sedang giat berjalan....
Apa yang menyedihkan, sekarang aktiviti ini nampaknya semakin berkurangan...tidak lagi seperti puluhan tahun dahulu di mana khazanah dan harta peninggalan nenek moyang ini dijaga bak menatang minyak yang penuh. Namun mungkin salah satu penyebabnya sekarang adalah kurangnya jentera pembajak dan sikap segelintir masyarakat sendiri yang tidak lagi mahu bercucuk tanam kerana bagi mereka MEMBELI BERAS lebih relevan daripada MEMBAJAK.
BAGI golongan kanak-kanak pula, padi yang ditanam di samping keselesaan apabila berada
di 'Sibor' atau titian sawah menaikkan semangat mereka untuk bersiar-siar. Kelihatan dua kanak-kanak ini mengambil peluang berjalan-jalan menikmati suasana aman damai itu.
_____________________________________________________________

2. BOLA TAMPAR
SALAH satu aktiviti sukan yang biasa diadakan di sini adalah sukan Bola Tampar. Suatu ketika dahulu, penduduk di Kampung Molisau hanya menumpang di tanah persendirian milik orang kampung tetapi kini, dengan adanya usaha sebuah badan bukan kerajaan, Persatuan Belia Suara Tenghilan (SUARA) melalui peruntukan dari Kementerian Belia dan Sukan, akhirnya impian untuk memiliki gelanggang bola tampar sendiri menjadi realiti, malah ada kalanya para belia menggunakan gelanggang itu untuk permainan 'street soccer'. 



Beginilah rupa bentuk Gelanggang Bola Tampar Suara Kg. Molisau, Tenghilan yang terbaru...
gambar gelanggang di atas ini diambil pada 1.1.2013......
Peruntukan berjumlah RM 35,000.00 itu telah dipohon oleh Persatuan Belia Suara (SUARA) 
Tenghilan daripada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan diluluskan dan hasrat kampung ini untuk memiliki kemudahan gelanggang bola tampar akhirnya tercapai melalui usaha Pengerusi JKKK Kampung Molisau (kini) yang juga Pengerusi SUARA, Albert Joseph yang sanggup bertemu secara bersemuka dengan Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu program di Kota Kinabalu.
Untuk makluman semua penduduk Kampung Molisau, gelanggang ini dinamakan 
Gelanggang Serbaguna SUARA kerana pihak kementerian belia mahu agar segala pengurusan gelanggang 
berkenaan diselaraskan oleh mana-mana persatuan di kampung ini. Justeru, sebagai satu-satunya 
persatuan belia (NGO) di kawasan ini, SUARA diberi mandat menjaga kebersihan dan penyelenggaraan kemudahan berkenaan.
_____________________________________________________________________

MINDAHU / MITATABANG
Di Kg Molisau ini, terdapat dua persatuan yang menjalankan aktiviti Mitatabang atau bergotong-royong secara giliran iaitu KDCA dan Persatuan Koisaan Piombolutan Molisau-Saradan (MASA) dan biasanya disertai oleh golongan dewasa. Namun para belia juga turut menjalankan aktiviti mitatabang ini. Kemungkinan juga semangat mereka tercetus daripada pengaruh golongan dewasa yang kerap menjalankan aktiviti 'mitatabang'.



Beginilah keadaan setiap kali 'TAIM' atau masa rehat selepas penat membuat kerja-kerja di sawah sama ada menanam padi, 'mongomot' (menuai padi) dan apa sahaja kerja-kerja gotong-royong yang dibuat. Biasanya makan tengahari mereka lebih berkonsep 'mogiulung-ulung' (makan bersama) di mana setiap mereka akan 'mempamerkan' makanan atau lauk-pauk masing-masing untuk dinikmati bersama dalam kumpulan tersebut. Sesungguhnya keseronokan dan keunikan sedemikian tidak dapt digambarkan dengan kata-kata.

Dalam kerja gotong-royong ini, tidak sah jika tiada gelak ketawa melalui cerita-cerita atau lawak jenaka dalam kalangan mereka, sekaligus menyebabkan panas terik matahari seolah tidak terasa.
____________________________________________________________________________________________

RENCANA 'MITATABANG'





Sebuah akhbar tempatan yang telah merencanakan kisah mitatabang masa kini
yang mana telah menampilkan beberapa belia dari Kampung Molisau.
Lokasi aktiviti mitatabang di dalam akhbar berkenaan adalah di
Kampung Sintok, Napitas Tenghilan.