Thursday, September 26, 2013

PILIHANRAYA UMUM KE-13

PILIHANRAYA UMUM KE-13 (PRU-13)

Pilihan raya umum adalah pilihan yang dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat ke Parlimen 
atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di peringkat Negeri
Pilihan raya ini adalah di peringkat kebangsaan, di mana parlimen akan dibubarkan dahulu 
sebelum diadakan pemilihan.

Menurut Wikipedia
Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah Parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia adalah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun Parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April adalah bersamaan hari Ahad.[1] Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan Parlimen lebih awal atas nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (Parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei.[2] Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.[3]
Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.[4] Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.[5]
Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon adalah pada 20 April manakala pilihan raya akan diadakan pada 5 Mei, hari Ahad.[6]

Berikut merupakan gambar-gambar kenangan yang sempat diambil penulis ketika bertugas sebagai media sepanjang proses membuang undi di kawasan Tenghilan.

PARA belia yang turun membuang undi.


RAYNER Andrew memasukkan kertas undi di dalam peti undi.


BARRY Gapang juga pulang kampung untuk mengundi.


Semangat SUKARELA Kami Di Kampung

KESUKARELAAN & KEBAJIKAN

Di Tenghilan, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang sangat aktif sama ada dalam bidang kesukarelaan dan salah satu kampung yang mempunyai belia paling aktif dalam berpersatuan adalah di Kampung Molisau di mana setakat ini sudah ada lebih kurang 2 atau 3 persatuan yang bertapak 
di kampung ini sejak tahun 90an dan ada di antaranya yang telah pun dibubar dari peringkat tertinggi.
Hasil daripada penyertaan para belia dalam setiap pogram yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun NGO lain, para belia khususnya dari Kampung Molisau banyak mendapat pendedahan dalam bidang kesukarelaan, kepimpinan, keusahawanan dan pastinya pengalaman menyertai program sehingga ke luar negeri. Antaranya, beberapa tahun lalu, Pengerusi JKKK sekarang yang juga Pengerusi Persatuan Belia Suara Tenghilan (SUARA), En. Albert Joseph berjaya membawa lebih 10 belia dari kampung ini untuk mewakili Sabah ke luar negeri sama ada dalam bidang kepimpinan, keagamaan, sukan dan kecergasan, kesukarelaan dan sebagainya.

Justeru, atas pengalaman-pengalaman yang diperolehi mereka, semangat untuk terus bergiat aktif dalam kesukarelaan, kemasyarakatan, keagamaan dan kebajikan terus bertumbuh di dalam diri mereka terutamanya yang telah mendapat pendedahan dalam bidang NGO ini, maka sebab itulah di mana-mana pun mereka diajak untuk pergi, tidak timbul sebarang rasa kekok untuk menunjukkan kepada umum rasa tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.




BEBERAPA belia dari Kampung Molisau turut serta dalam satu program kemasyarakatan
anjuran Stesen Radio Swasta Suria FM Sabah di Teluk Likas.



MUNGKIN kerana sudah terlalu biasa dalam program berbentuk kesukarelaan, maka para belia di sini
tidak terlalu rasa kekok apabila mengunjungi mana-mana rumah kebajikan.
Gambar di ini menunjukkan lebih kurang 30 penduduk termasuk beberapa belia dari Kampung Molisau
melawat ke Rumah Kebajikan Cheshire Home, Likas beberapa tahun lalu.
Program 'Crime Awareness Team Komuniti'
MENJAYAKAN acara perkahwinan teman sekampung dengan melayani sebagai Koir dan Muzik.
TIGA belia dari Kampung Molisau mewakili Sabah ke program Hari Belia di Melaka pada 2010.
BEBERAPA belia menghadiri majlis pertunangan teman sekampung jauh ke Kampung Narayat, Tambunan. 
MERAIKAN majlis hari jadi teman sekampung 
BEBERAPA belia dari Kampung Molisau menyertai program Belia Masuk Kampung (BMK) yang diadakan
kali pertama di Tenghilan


MENGHADIRI majlis perkahwinan kawan sekampung di tempat lain.
APABILA tiba bulan Disember, semua belia berkumpul untuk melayani Koir Karoling. 
BANTU RAKAN....Para belia di sini biasanya saling bantu-membantu dalam banyak hal, sehinggakan perkara sekecil menggunting rambut pun dan semua itu tidak dikenakan bayaran.


CARI TUNTUL Di Kampung Molisau....

TUNTUL


Sebenarnya tuntul ni adalah siput sedut. 
Tuntul ini merupakan bahasa yang biasa digunakan di Sabah untuk memperkenalkan siput sedut ini. 
Namun, tentu di tempat-tempat lain seperti di Tambunan ada juga yang memanggilnya 
dengan nama 'Birid', tapi bagi bangsa bumiputera lain di Sabah, penulis kurang pasti.
Siput jenis ini yang berwarna hitam biasanya dikutip di palu atau sungai di kawasan bukit yang sentiasa mempunyai air mengalir, dan di kampung ini, Tuntul di kampung ini biasa didapati dari sebelah Ulu Molisau.

Isi siput ni sebenarnya sedikit sahaja, namun rasanya boleh tahan jika kena dengan cara memasaknya. Ada orang masak lemak cili api, masak kari dan sebagainya. 
Tapi, tuntul palu ini lebih sedap jika dibuat bubur.
Boleh ikut cita rasa sendiri lah. Sebelum di masak, kena potong hujung siput yang tirus tu dahulu. 
Ini memudahkan isinya dikeluarkan untuk dimakan nanti. 
Cara mengeluarkan isinya adalah dengan menyedut hujung siput tu dahulu, 
kemudian, sedut di atasnya pula.
Selamat mencuba...

SELAIN Tuntul, terdapat juga ketam, udang, dan ikan di sungai Palu Ulu Molisau selain
berpeluang mencari sayur-sayuran yang jarang ditemui dan dimasak secara tradisional.





TUNTUL biasanya suka berselindung di balik daun kering di air, atau di celah-celah batu, sama ada saling bertindih, melekat atau bermacam-macam lagi cara bersembunyi.
JIKA terlalu lama tidak 'dijenguk' oleh penduduk di sini, banyak Tuntul akan didapati malah saiznya juga besar-besar belaka. Selain Tuntul, terdapat juga ikan-ikan seperti Turongou, udang, ketam dan sebagainya.

Wednesday, September 25, 2013

Gambar-Gambar Kenangan Semasa KAAMATAN Di Kampung

CORAT-CORET PESTA KAAMATAN

Pesta Kaamatan sebenarnya adalah pesta penuaian padi yang juga dianggap sebagai Hari Kesyukuran. 
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan “Magavau” merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. 

Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman.
Perayaan “Magavau” ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. 
Demi menyelamatkan orang-orang Kadazandusun dari kebuluran kerana tidak mempunyai makanan 
yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka ini. 
Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya.

Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu adalah padi. Oleh kerana sebahagian daripada mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama “Bambaazon.” Menarik bukan?

Walaupun masyarakat Kadazan-dusun hari ini telah menganut agama Kristian dan Islam, namun upacara Bambaazon masih lagi diperingati. Hari ini, masyarakat Kadazandusun yang beragama Kristian dan Islam mengambil kesempatan dari Pesta Kaamatan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta serta menunjukkan rasa kesyukuran terhadap rezeki yang dianugerahkan kepada mereka.
Sesungguhnya kita amat bersyukur dapat hidup dalam sebuah negara yang dipenuhi masyarakat pelbagai budaya, tradisi dan agama, namun masih dapat menikmati kehidupan yang aman harmoni.

_____________________________
Menurut Wikipedia
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dipersembahkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

ACARA melastik botol juga kini dijadikan acara tahunan di Kampung Molisau setiap kali Pesta Kaamatan


TETAMU Khas, Datuk Jahid Jahim mencuba nasib dalam acara melastik botol.






SUMANDAK kelahiran kampung ini akan balik ke kampung setiap kali perayaan Kaamatan dijalankan







TAPAI / KINOMOL merupakan sebahagian daripada minuman tradisi masyarakat kaum Kadazan Dusun dalam mana-mana keramaian terutamanya pada perayaan Kaamatan.


Pertandingan Unduk Ngadau Kanak-Kanak
Pertandingan Ratu Puan
GOLONGAN belia turut diberi peluang untuk menjadi penganjur perayaan Tadau Kaamatan.



Setiap kali Kaamatan, Unduk Ngadau merupakan antara yang menjadi acara 'wajib'.


Salah satu acara yang kerap diadakan ketika Kaamatan adalah pertandingan 'Fesyen Kanak-Kanak'

ACARA tarik tali merupakan pertandingan wajib / rasmi setiap perayaan Pesta Kaamatan diadakan di kampung ini.
Artis tempatan Sabah, Benn Simon Bukag, turut sama memeriahkan Pesta Kaamatan di Kampung Molisau.


KALI PERTAMA golongan belia diberi peluang menjadi penganjur Kaamatan diserikan dengan paluan
Togunggak oleh kanak-kanak dari kampung.


Beginilah suasana Pesta Kaamatan di kampung Molisau Tenghilan. Perayaan khas yang dirayakan oleh suku kaum Kadazan Dusun di Sabah ini sudah menjadi kewajipan untuk diraikan setiap penduduk tidak kira tua atau muda, pangkat atau darjat, fahaman politik yg berbeza, warna kulit mahupun agama yang berbeza. Jelas sekali, perayaan ini banyak memberi peluang kepada semua orang untuk saling bersatu-padu, beramah-mesra serta kenal-mengenali antara satu sama lain; dan yg pasti budaya masyarakat tempatan khasnya di negeri Sabah.
___________________________________________

AKTIVITI SEBELUM KEMUNCAK KAAMATAN






ACARA Mamarambot juga antara yang menarik sepanjang Kaamatan.