Friday, July 30, 2010

Macam-Macam Di Kampung Molisau

LINUGU Belut / Bodung salah satu makanan yang digemari dalam kalangan penduduk di kampung ini, dan pernah suatu ketika ada yang pernah menjual Bodung ini ketika Tamu Mingguan di kampung ini setiap Ahad.
BAGI mereka yang kerap pergi ke hutan sama ada untuk berekrasi atau mencari sumber makanan tambahan seperti sayur, ikan, siput dan sebagainya, jarang sekali mereka membawa bekas makanan seperti container, mangkuk, piring dan sebagainya, memadailah hanya dengan menggunakan plastik sebagai pembungkus nasi dan sekurang-kurangnya membawa sudu..memang syok berada di kampung
SUMBER AIR....pada sekitar tahun 80an sehingga tahun 90an, semua penduduk di Kampung Molisau masih bergantung sepenuhnya kepada punca air dari bukit atau Paip Graviti, dan salah satu sumber Paip Graviti yang terdapat di sini adalah di Ulu Molisau. Masyarakat di kampung ini terpaksa berjalan kaki sejauh 4 Kilometer sehari demi untuk mencari sumber air. Sehingga sekarang kita masih boleh melihat tangki besar (diperbuat daripada simen) yang terdapat di sini  malah beberapa penduduk berdekatan masih bergantung kepada sumber air bukit walaupun kebanyakan rakyat sudah dibekalkan dengan 'paip kerajaan' atau dari loji perawatan air berdekatan.
SUATU ketika dulu kebanyakan penduduk mempunyai kerbau masing-masing, namun sekarang hanya tinggal beberapa lagi yang memilikinya. Bagi masyarakat kaum Dusun Tindal di Tenghilan, dan mungkin juga beberapa kawasan di daerah lain termasuk Tamparuli, kerbau merupakan salah satu 'yang dijadikan hantaran' semasa perkahwinan atau pertunangan, dan bagi mereka yang bercucuk tanam atau bertani, kerbau dijadikan penarik 'alat membajak sawah'. 
SEORANG penduduk, Kimon Gimbun membuang anjing peliharaannya ke dalam sungai yang baharu sahaja dibersihkan. Binatang peliharaan terutamanya anjing merupakan antara 'alat' utama penduduk di sini untuk mencari sumber makanan di hutan. Biasanya anjing dilatih dengan dibawa ke hutan hampir setiap kali mereka pergi memburu.
APABILA selesai musim menuai, semua penduduk yang mempunyai kerbau peliharaan akan melepaskan kerbau masing-masing untuk memakan rumput di sawah. Bagai manapun, kerbau adalah dilarang sama sekali dilepaskan ketika padi sedang menghijau dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda kampung. 

No comments:

Post a Comment