Saturday, October 12, 2013

KOISAAN PIOMBOLUTAN MOLISAU SARADAN (MASA)

KOISAAN PIOMBOLUTAN MOLISAU SARADAN (MASA)

Persatuan berkonsepkan 'pitatabangan' ini ditubuhkan selepas aktiviti gotong-royong di rumah kediaman seorang ahlinya, Thonny Julian pada awal 2010.
Pada mulanya program 'pitatabangan' persatuan ini dijadikan wadah untuk beramah mesra, saling berkongsi cerita dan bergotong-royong sesama mereka, namun setelah beberapa lama, mereka memilih untuk mengkomersialkan nama persatuan itu sehingga tercetusnya nama Koisaan Piombolutan MASA melalui satu mesyuarat rasmi.
Ketika itu ahli yang berdaftar tidak lebih daripada 15 orang, bagaimanapun setelah beberapa lama dan sejak dikenali ramai, ahli MASA kemudiannya semakin bertambah sehingga ke 30 orang malah dijangkakan akan sentiasa bertambah. 
Masih mengekalkan konsep 'mitatabang', MASA menerima banyak pujian daripada para pemimpin di daerah ini dalam usaha mereka untuk menyatupadukan masyarakat selain mampu mengekalkan tradisi warisan nenek moyang iaitu 'mitatabang'.
Justeru, tidak hairanlah mereka sanggup membantu MASA dalam pelbagai hal termasuk dalam soal memberi sumbangan kemudahan peralatan dan sebagainya.
Antara lain kemudahan yang telah diberi kepada MASA termasuklah Chainsaw, Mesin Rumput, Kereta Sorong, 2 buah Kanopi dan pelbagai lagi bentuk peralatan kemudahan lain.
Pada 2012 akhirnya MASA berjaya didaftarkan di Pendaftar Persatuan (ROS) melalui usaha beberapa ahli termasuk Pengerusinya, Visik Linggod.
Kini MASA semakin aktif dalam menjalankan aktiviti 'mitatabang' mereka dan dalam satu mesyuarat ahli yang diadakan secara santai di Pantai Dantai baru-baru ini difahamkan jumlah wang dalam simpanan mereka kini telahpun melebihi RM7 Ribu.

















KERATAN Akhbar mengenai aktiviti anjuran KPM dan rangkuman setiap aktiviti KPM sepanjang tahun



No comments:

Post a Comment