Thursday, September 26, 2013

Semangat SUKARELA Kami Di Kampung

KESUKARELAAN & KEBAJIKAN

Di Tenghilan, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang sangat aktif sama ada dalam bidang kesukarelaan dan salah satu kampung yang mempunyai belia paling aktif dalam berpersatuan adalah di Kampung Molisau di mana setakat ini sudah ada lebih kurang 2 atau 3 persatuan yang bertapak 
di kampung ini sejak tahun 90an dan ada di antaranya yang telah pun dibubar dari peringkat tertinggi.
Hasil daripada penyertaan para belia dalam setiap pogram yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun NGO lain, para belia khususnya dari Kampung Molisau banyak mendapat pendedahan dalam bidang kesukarelaan, kepimpinan, keusahawanan dan pastinya pengalaman menyertai program sehingga ke luar negeri. Antaranya, beberapa tahun lalu, Pengerusi JKKK sekarang yang juga Pengerusi Persatuan Belia Suara Tenghilan (SUARA), En. Albert Joseph berjaya membawa lebih 10 belia dari kampung ini untuk mewakili Sabah ke luar negeri sama ada dalam bidang kepimpinan, keagamaan, sukan dan kecergasan, kesukarelaan dan sebagainya.

Justeru, atas pengalaman-pengalaman yang diperolehi mereka, semangat untuk terus bergiat aktif dalam kesukarelaan, kemasyarakatan, keagamaan dan kebajikan terus bertumbuh di dalam diri mereka terutamanya yang telah mendapat pendedahan dalam bidang NGO ini, maka sebab itulah di mana-mana pun mereka diajak untuk pergi, tidak timbul sebarang rasa kekok untuk menunjukkan kepada umum rasa tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.




BEBERAPA belia dari Kampung Molisau turut serta dalam satu program kemasyarakatan
anjuran Stesen Radio Swasta Suria FM Sabah di Teluk Likas.



MUNGKIN kerana sudah terlalu biasa dalam program berbentuk kesukarelaan, maka para belia di sini
tidak terlalu rasa kekok apabila mengunjungi mana-mana rumah kebajikan.
Gambar di ini menunjukkan lebih kurang 30 penduduk termasuk beberapa belia dari Kampung Molisau
melawat ke Rumah Kebajikan Cheshire Home, Likas beberapa tahun lalu.
Program 'Crime Awareness Team Komuniti'
MENJAYAKAN acara perkahwinan teman sekampung dengan melayani sebagai Koir dan Muzik.
TIGA belia dari Kampung Molisau mewakili Sabah ke program Hari Belia di Melaka pada 2010.
BEBERAPA belia menghadiri majlis pertunangan teman sekampung jauh ke Kampung Narayat, Tambunan. 
MERAIKAN majlis hari jadi teman sekampung 
BEBERAPA belia dari Kampung Molisau menyertai program Belia Masuk Kampung (BMK) yang diadakan
kali pertama di Tenghilan


MENGHADIRI majlis perkahwinan kawan sekampung di tempat lain.
APABILA tiba bulan Disember, semua belia berkumpul untuk melayani Koir Karoling. 
BANTU RAKAN....Para belia di sini biasanya saling bantu-membantu dalam banyak hal, sehinggakan perkara sekecil menggunting rambut pun dan semua itu tidak dikenakan bayaran.


No comments:

Post a Comment