Tuesday, September 24, 2013

Kejohanan Futsal Tertutup Kampung


TAHUKAH ANDA?
Kampung Molisau tidak mempunyai kemudahan sukan padang bola sepak sendiri. Namun tidak bermakna para belia dan penduduknya tidak aktif dalam acara sukan melibatkan asas bola sepak. Buktinya sebuah pasukan yang ditubuhkan beberapa tahun lalu, TataQ Barambang FC kini semakin dikenali di seluruh negeri Sabah, bukan kerana kehandalannya dalam sukan itu namun kerana keaktifan mereka terutamanya dalam soal penganjuran melibatkan sukan bola sepak. Selain menganjurkan bola sepak, baru-baru ini, beberapa belia telah bersatu hati menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Kampung yang menghimpunkan puluhan belia dan beberapa golongan dewasa sebagai peserta yang dibahagikan sebanyak enam kumpulan. 
_______________________________________________________________________________

SIRI 1
PERTEMUAN DENGAN AHLI MAJLIS SUKAN NEGARA
KERATAN akhbar lawatan Pergerakan Pemuda PBS Cawangan Kg Molisau
dan pasukan bola sepak TataQ Barambang FC dengan Jahid di Restoran MJ.
Ketua Pasukan TataQ Barambang FC, K Alixto Akit menyerahkan Kertas Kerja Penganjuran Kejohanan Futsal Kampung anjuran TataQ Barambang FC dengan kerjasama Pergerakan Pemuda PBS Cawangan Kampung Molisau kepada Ahli Lembaga Pengarah Sukan Negara yang juga Ketua Bahagian PBS Tamparuli, Datuk Jahid Jahim ketika kunjungan mesra kedua-duanya terhadap pemimpin itu.

SIRI 2 
PROMOSI MELALUI AKHBAR

SIRI 3
PERLAWANAN DIMULAKAN

Group A
Tais
Dungga
Kalek
Gilong 
Kodumpor

Group B
Kado
Pensy
Ateng
Tanis
Beldo

Group C
Saimon
Alek
Koko
Kuban
Rely
Popog

Group D
Dius
Bito
Tony
Onel
Boy

Group E
Anol
James
Nano
Loys
Will

Group F
Ewan
Ekhai
Inok
Erik
Sam
Anjes




ANTARA peserta Kejohanan Futsal Kampung yang mengambil bahagian dalam pertandingan sempena Bulan Kemerdekaan itu.

SIRI 4
PERASMIAN PENUTUPAN DAN EMPAT PERLAWANAN TERAKHIR

Pasukan B Juara Kejohanan Futsal Kampung anjuran 2013

TAMPARULI: Pasukan B mengungguli Kejohanan Futsal Kampung yang diadakan di Gelanggang Serbaguna Suara, Kampung Molisau Tenghilan, dekat sini yang berakhir kelmarin.

Pertandingan yang diadakan secara liga itu diadakan sempena Hari Merdeka, dan sepanjang tempoh sebulan diadakan, kumpulan juara itu berjaya mengumpul sebanyak 23 mata.

Saingan terdekat mereka, Kumpulan A menghampiri di tangga kedua dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 20.

Kumpulan D yang dibarisi pemain yang dilihat sebagai pilihan menjuarai kejohanan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan 17 mata.

Menduduki tangga keempat, pasukan E, manakala di tangga kelima pasukan F sementara di tangga tercorot pasukan C.

Dua pemain berkongsi anugerah penjaring terbanyak dengan jumlah Sembilan gol, iaitu K. Alixto Akit dari kumpulan A dan Joanes Vincent dari kumpulan B.

Kesemua pemenang juara, naib juara, dan tempat ketiga menerima wang tunai dan hamper manakala tempat keempat dan kelima masing-masing menerima hamper.

Kejohanan Futsal Kampung anjuran Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) dan TataQ Barambang FC itu bertujuan untuk menggalakkan semangat bersukan dan mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan penduduk kampung.

Hadiah-hadiah kejohanan merupakan sumbangan Ahli Majlis Sukan Negara yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Turut hadir Ketua Cawangan PBS Kampung Molisau, Yemil Eku, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Molisau, Albert Joseph, Setiausaha Bahagian PBS Tamparuli, Jilias Lintar, dan beberapa AJK Pergerakan Pemuda Bahagian PBS Tamparuli.

JAHID menyampaikan hadiah penjaring terbanyak kepada dua pemain yang berkongsi hadiah berkenaan, iaitu Kapten TataQ Barambang FC sendiri, K Alixto dan Ketua Pemuda PBS Kampung Molisau Tenghilan, Joanes Robert Johnny. kesemua hadiah berbentuk hamper dan wang tunai merupakan sumbangan Jahid yang juga Ahli Majlis Sukan Negara. Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah (KBSS) Tamparuli, Mailson James.
KERATAN akhbar mengenai acara penutupan rasmi dan seterusnya penyampaian hadiah.
SEPAK MULA....Pemimpin Kemajuan Rakyat Tamparuli yang juga Ketua Bahagian PBS Tamparuli, Datuk Jahid Jahim membuat sepak mula sebagai simbolik perasmian Kejohanan Futsal Kampung 2013 di Gelanggang Serbaguna Suara.
ANTARA penduduk yang turut memberi sokongan kepada pasukan futsal yang bertanding.







________________________________________________________________________




No comments:

Post a Comment