Tuesday, September 24, 2013

Keluarga Pn Sainah Solimun terima bantuan Ahli Parlimen Tuaran & Ketua Bahagian PBS Tamparuli

Keluarga daif terima sumbangan Madius

TUARAN: Sebuah keluarga di Kampung Molisau, dekat sini yang mempunyai anak sakit turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Madius Tangau.

Kelmarin (Khamis), Madius diwakili oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Tuaran, Johnny Tanggar dan Wakil Ketua Anak Negeri Tenghilan, WKAN Polin Binati telah menyampaikan sumbangan benbentuk kewangan kepada keluarga Sainah Solimun dan Ronnie Munsing di rumah mereka.

Sebelum itu, keluarga Sainah menerima sumbangan dari Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga Pemimpin Kemajuan Rakyat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim yang turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Molisau, Albert Joseph.

“Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada kami, tidak kira dari segi kewangan atau sokongan moral kepada kami, kami amat menghargainya.

“Hari ini kami mampu menghantar anak kami Kevin bagi mendapat pemeriksaan lanjut doktor pakar di Hospital Queen Elizabeth, Luyang,” kata Sainah.

Dalam pada itu, Madius ketika dihubungi wartawan NST berharap agar sumbangan itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban keluarga Sainah terutamanya dalam soal perbelanjaan bagi menghantar anak mereka ke hospital, selain untuk menampung keperluan harian.

Menurut Sainah, anak lelakinya berusia 14 tahun itu mengadu sakit di bahagian puting susu sejak April lalu, dan setelah mendapat nasihat doktor dari Klinik Kesihatan Tenghilan, anaknya dikehendaki berjumpa doktor hari ini (Jumaat).

“Masalahnya, keluarga kami tidak mempunyai pendapatan yang tetap walaupun menoreh getah kerana cuaca sekarang juga sentiasa tidak menentu,” ujar Sainah.

Masalah kekurangan sumber kewangan yang dialami keluarga itu mendapat perhatian Pergerakan Pemuda PBS Cawangan Kampung Molisau yang kemudiannya mengambil langkah membantu menyampaikan masalah berkenaan kepada pihak pemimpin rakyat yang prihatin.

Justeru, hasilnya dua pemimpin tersebut telah menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan menyampaikan sumbangan yang sewajarnya.

Turut hadir Pegawai Perhubungan Rela daerah Kecil Tamparuli, Kpt (R), Baser Same dan Ketua Pemuda PBS Cawangan Kampung Molisau.

TERIMA SUMBANGAN….Sainah (dua kanan) menerima sumbangan dari Johnny (dua kiri) sambil disaksikan oleh WKAN Polin (kiri) dan Kpt (R), Baser Same (kanan sekali).
________________________________________
Keluarga daif syukuri sumbangan Jahid, walaupun bukan lagi Wakil Rakyat tetap membantu yang memerlukan

TAMPARULI: Sundung pia do amu’ no poingigit portfolio sabaagi do Mongongobi’ Rayat id watas Tamparuli, nga’ nung korikot do ahal kopomodulionan kumaa rayat, toririmo do kosili iso’ koutamaan kumaa di Luguan Bohogian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tamparuli, i Datuk Jahid Jahim.

Di konihab, minanganu isio kosiwatan do minongoi sololowot di iso’ paganakan i amu’ songkuro kikonosipan hilo’ id Kampung Molisau, dodoros hiti.

Kosilowoton disio dilo’ nopo nga’ montok do minonguhot habar diolo’ om nogi’ songulun tanak diolo’ kiumur do 13 toun, i amu’ songkuro kopio olidas.

Intonodon habar pinopoilo do tanak dilo’ pootodon diolo’ kumaa id hospital id Luyang, Kota Kinabalu ontok ko 30tw diti, nga’ amu’ po nogi’ oilaan do nunu sakit kopipio disio.

Kasaga’ po nogi’ isio magandad gisom do ruminikot i molohing tondu, i Soinah Solimun, 40 i koririkot mantad id kakadaiyan.

Tumanud di Soinah, di kawawagu diti, nakaanu isio surat mantad dokutur hilo’ id Kolinik Kolidasan Tenghilan do ponuhuan mongoi papakakap di tanak disio, i Kevin id Hospital Luyang, nga’ karati isio do nunu nopo o kotorinaan moi id hombo-hombo koiyonon sumakit nga’ mositi no do momoguno balanja’, om iri no kaka o kotongob ginawo disio.

Montok dilo’, piipiro lalansanon id kampung diti minaganu o laang montok monguhup diolo’ moi do kapagaan kobolingkahangan diolo’ tokuuri montok pananambang toi ko’ balanja’ do kumaa id kakadaiyan.

Laang i naanu di Komulakan PBS Raan Molisau nopo nga’ pinopoilo di Jahid o kinosusaan paganakan dilo’, om di konihab katalib do minongoi ampai id iso’ ababayan montok parti id Kota Belud, minanganu i Jahid o timpu tokiba’ do minongoi kakap dio Soinah om paganakan.

“Pounsikou kumaa di Jahid tu’ sundung pia do osibuk isio popoindalan karaja’ porinta’ monikid tadau nga’ om okon i ko’ YB isio nga’ kakal isio do amu’ popotohuri rayat miagal kasasari,” ka di Soinah id rolou kounsikahan tu nakaanu koponguhupan kousinan mantad di Jahid.

Nokotindapou po nogi’ id abaabayan dilo’ io Luguan Komulakan, Joanes RJ om i Ponorikohon Komitikuasa Komogoton om Kotingoligan Kampung (JKKK), Kampung Molisau, Albert Joseph. 

JAHID mendengar keluhan ibu kepada Soinah, Pn. Kondout ketika lawatannya ke kediaman keluarga itu.
JAHID menyampaikan sumbangan wang untuk meringankan beban keluarga itu bagi tujuan menghantar anak mereka yang sakit ke hospital QEH 2. Turut kelihatan Pengerusi JKKK Kampung Molisau Tenghilan, Albert Joseph (dua kiri) dan Ketua Pergerakan Pemuda PBS  Cawangan Kampung Molisau Tenghilan, Joanes Robert Johnny.
Keratan akhbar mengenai lawatan Jahid ke kediaman Pn. Sainah




No comments:

Post a Comment