Thursday, September 26, 2013

CARI TUNTUL Di Kampung Molisau....

TUNTUL


Sebenarnya tuntul ni adalah siput sedut. 
Tuntul ini merupakan bahasa yang biasa digunakan di Sabah untuk memperkenalkan siput sedut ini. 
Namun, tentu di tempat-tempat lain seperti di Tambunan ada juga yang memanggilnya 
dengan nama 'Birid', tapi bagi bangsa bumiputera lain di Sabah, penulis kurang pasti.
Siput jenis ini yang berwarna hitam biasanya dikutip di palu atau sungai di kawasan bukit yang sentiasa mempunyai air mengalir, dan di kampung ini, Tuntul di kampung ini biasa didapati dari sebelah Ulu Molisau.

Isi siput ni sebenarnya sedikit sahaja, namun rasanya boleh tahan jika kena dengan cara memasaknya. Ada orang masak lemak cili api, masak kari dan sebagainya. 
Tapi, tuntul palu ini lebih sedap jika dibuat bubur.
Boleh ikut cita rasa sendiri lah. Sebelum di masak, kena potong hujung siput yang tirus tu dahulu. 
Ini memudahkan isinya dikeluarkan untuk dimakan nanti. 
Cara mengeluarkan isinya adalah dengan menyedut hujung siput tu dahulu, 
kemudian, sedut di atasnya pula.
Selamat mencuba...

SELAIN Tuntul, terdapat juga ketam, udang, dan ikan di sungai Palu Ulu Molisau selain
berpeluang mencari sayur-sayuran yang jarang ditemui dan dimasak secara tradisional.





TUNTUL biasanya suka berselindung di balik daun kering di air, atau di celah-celah batu, sama ada saling bertindih, melekat atau bermacam-macam lagi cara bersembunyi.
JIKA terlalu lama tidak 'dijenguk' oleh penduduk di sini, banyak Tuntul akan didapati malah saiznya juga besar-besar belaka. Selain Tuntul, terdapat juga ikan-ikan seperti Turongou, udang, ketam dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment